.

.

Thursday, July 26, 2012

Seminar lagi..MumtazMilikku 2012

Alhamdulillah..Penuh kesyukuran anak-anak tahun 6 menghadiri Program MumtazMilikku 2012 di SRA Morib pada 25 dan 26 Julai 2012. Sehari sudah berjaya ditempuhi...Hari ini hari terakhir dan insyaAllah ustazah juga akan berada di sana untuk pelajaran Jawi Tahun 6...Pujian patut diberikan kepada semua anak-anak kerana walaupun sibuk menghadapi Percubaan UPSR ditambah lagi situasi berpuasa, namun masih mempunyai kekuatan memberikan sepenuh perhatian. Syabas anak-anak semua! Semoga keberkatan bulan mulia ini melimpah-limpah hendaknya kepada kita semua..Kejayaan di dunia kita raih, kejayaan Akhirat kita peroleh..

Friday, July 20, 2012

Dah Hafaz niat Puasa??

Nak puasa ni kena niat hari-hari tau..Kalau nak himpun 1 bulan sekali pun boleh..Ikut je bacaan ni..
Malam ni kita dah mula Solat Sunat Terawih..Jangan lepaskan peluang ni..setahun sebulan ni sahaja ada solat extra Allah bagi...Solat jangan tak solat!

Wednesday, July 18, 2012

Takutnyerr..

Lepas rehat hari ini macam biasa mengajar subjek Fekah untuk di 3 Ibnu Khaldun. Tajuk Syarat wajib solat. menerangkan kepada murid-murid adalah rutin biasa seorang guru..Namun hari ini saya mengambil inisiatif bercerita tentang azab orang meninggalkan solat. Motif saya, perkataan WAJIB perlu ditanamkan dalam fikiran mereka tidak boleh TIDAK dilakukan. Antaranya berkenaan azab kubur..

" Ular Saqar akan mematuk orang yang tidak solat. Betapa sakitnya bisa ular itu apabila mematuk rumput di sekolah ni, semua rumput kat dunia ni akan mati. Fuhh..dasyatnya bisa ular tu,bayangkan kalau dia patuk badan kita? "

" Ada peristiwa benar yang berlaku di negara Arab apabila kubur jenazah yang tidak solat digali semula, ternyata tulang-tulangnya remuk kerana seksaan kubur, mukanya dah tak macam muka manusia..hodoh sangat.."

" Tu dalam kubur..Apabila tiba hari kiamat, orang yang tidak solat Allah akan campakkan dalam neraka..Apinya menjulang-julang..Paaannaaasss Sangat.."

"Sebenarnya kat dunia lagi Allah dah tunjuk balasan orang yang meninggalkan solat..antaranya mukanya kusam tidak ada cahaya..hatinya pula resah dan tidak tenang..tula sebabnya susah nak faham dan ingat bila belajar sebab hati tak tenteram.."

Wajah anak-anak di kala itu berkerut..diam seribu bahasa..hehe..kesian mereka. Lalu cerita bertuka versi...

" Tapi kalau orang yang solat mukanya comel je..walaupun gelap tetap nampak lawa dan hensem..bercahaya..orang lain tengok tenang je..hah tak perlu make-up, tepek-tepek bedak.."

" Kuburnya pula laaaappaaangg selapang-lapangnya..pastu terang macam waktu siang..jadi tak takut duk dalam kubur tu..betul tak? "

" Di Akhirat nanti, muka orang yang solat ni bercahaya-cahaya..semua orang tengok..hah dah tau dah orang ni mesti masuk syurga. Seronok tak? Hah.."

Hah..rata-rata semua mengukir senyuman..ada yang semangat kata nak balik solat cukup 5 waktu lepas ni..Alhamdulillah tercapai objektif saya untuk menyampaikan betapa wajibnya solat. Saya menerangkan ada 3 syarat wajib solat, ISLAM, BALIGH, BERAKAL...mereka memenuhi kesemua syarat kecuali baligh..tapi saya memberi analogi pemain-pemain bola sepak dan EURO 2012, memandangkan 90% murid kelas ini lelaki maka contoh ini saya rasakan amat bertepatan.

" Walaupun belum baligh kamu kena cukupkan solat..cuba tengok pemain-pemain bola sepak, mereka akan berlatih sungguh-sungguh dan pastikan mereka betul-betul mahir menguasai kemenangan sebelum beraksi pada perlawnan sebenar..Begitu juga kamu, kena berlatih solat 5 waktu setiap hari supaya  apabila dah baligh nanti kamu sudah biasa solat 5 waktu..Betul tak? "

Kepala terangguk-angguk tanda setuju tak kurang yang bersorak betulll...Kemudian sesi membuat latiha pada buku tulis dan setiap murid diminta menyebutkan syarat wajib solat secara lisan. 100% berjaya menghafaz. Mudah sahaja 3 perkataan..Islam, Baligh, Berakal..

Kelas ditamatkan dengan nasihat saya agar pelajaran yang dipelajari mestilah diamalkan tak kira sama ada di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja..Solat jangan tak solat!

Friday, July 13, 2012

Ambang Ramadhan..

Gambar Pilihan hari ini.
Lagi seminggu Pintu Syurga akan terbuka luas..Pintu neraka tertutup rapat..Syaitan2 akan dibelenggu..30 hari yang penuh Barakah..Allahu Akbar!!

Thursday, July 12, 2012

Azan & Iqamah Siri 2

Lafaz Iqamah sebenarnya sama dengan lafaz Azan (rujuk post terdahulu) . Bezanya setiap baris dilafazkan sekali sahaja dan ada penambahan selepas  iaitu lafaz


ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH
MARILAH MENUNAIKAN SOLAT
MARILAH MENUJU KEJAYAAN
SOLAT LEBIH BAIK DARIPADA TIDUR
ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

Tuesday, July 10, 2012

Seminar Motivasi & Keibubapaan

Kesekian kalinya..SRA Kampung Endah mengadakan seminar untuk murid-murid dan para ibubapa. Kertas kerja telah diluluskan dan bajet juga telah ditunaikan..Alhamdulillah..Oleh itu dengan rasminya guru-guru menjemput Ibubapa pelajar tahun 6 untuk menghadiri seminar tersebut pada ketetapan berikut :




Tarikh : 10 Julai 2012
Hari : Selasa
Jam : 7.00 mlm
Tempat : Dewan SRA Kg Endah

Kehadiran tuan/puan amatlah kami harapkan. Pada tarikh tersebut, murid-murid tahun 6 akan dibenarkan pulang sesi persekolahan lebih awal, jam 5.30ptg untuk membuat persiapan diri. Kemudian murid-murid perlu kembali semula ke sekolah jam 6.30 ptg untuk membantu guru membentang sejadah dan pelbagai persiapan lain.

Tentatif Program : 7.00 mlm - Pendaftaran
                            7.30 mlm - Solat Maghrib berjemaah
                                           - Solat Sunat Hajat
                                           - Bacaan Yassin dan Tahlil
                                           - Ceramah Motivasi
                          10.30 mlm - Jamuan
                                           - Bersurai

Bersama kita menjayakan kecemerlangan anak-anak kita..SRA Kg Endah..MUMTAZ MILIK KITA!!

Saturday, July 7, 2012

Azan & Iqamah Siri 1

اذان دان اقامة

PENGERTIAN : Seruan Memanggil solat fardhu dengan kalimah tertentu

WAKTU AZAN : Setelah masuk waktu solat
WAKTU IQAMAH : Ketika hendak menunaikan solat




Contoh Laungan Azan :

Friday, July 6, 2012

Prayboy..bukan Playboy

Gambar Pilihan Hari ini..
Ambillah contoh Ashabul Kahfi sebagai model Orang Muda..Salam Jumaat~~

Thursday, July 5, 2012

Hah..Dah nak Ramadhan??

Ramadhan datang lagi.. Persiapkan diri bagi melalui ramadhan 1433H. Mungkin ini akan jadi ramadhan terakhir, Oleh itu sewajarnya memanfaatkan Ramadhan.. Di sorot kembali sejak akhir-akhir ni, ramai di kalangan saudara dan rakan yang menyahut seruan ilahi. Timbul rasa insaf apabila pertanyaan ini menerjah.. Bilakah pula giliran aku nanti? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidupku nanti? Dan akhirnya di dalam golongan manakah aku akan kembali dihidupkan? Diimbas pula amal ibadah sehari-hari..aduhh..jauh sekali amalan para solehin..apatah lagi dibandingkan dengan para muttaqin..Ya Allah panjangkanlah usiaku dalam ketaatan kepadaMu..Ampunilah segala dosa2 ku..
Ramadhan kali ini lahir satu inspirasi..Menjadikan Ramadhan wadah memperbaiki diri..Bermulalah persiapan demi persiapan..Moga Istiqamah menjadi sifat yang dekat denganku..Salam pertemuan wahai Ramadhan..Kedatanganmu dinanti-nantikan.. 

Ishh..Angkat Bakul Naik Sendiri..

Peringatan Buat Diriku dan Anda semua...

Alhamdulillah..Seminar Jawi Selesai

Syukurlah berlabuh juga program seminar jawi yang baru berlangsung siang tadi. Murid-murid yang terlibat sekitar 90 orang. Pada mulanya risau juga sebab bilangan yang terlalu ramai takut-takut penceramah berceramah di depan murid berceramah di belakang. Tapi boleh diberi pujian kepada anak-anak semua kerana komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Bak kata org Jerman..CAP JEMPOL!! hehe..

Nota Ustazah..hehe..Ustazah pun belajar juga.
Nasib baik betul semua..Yela kan USTAZAH..jgn marah..
Tapi alamak..rugi gambar-gambar sekitar program tersebut tidak dapat dikongsikan kerana kekurangcanggihan (ekk..boleh ke eja camni) kamera handpfone ustazah. Tapi semuanya terpahat dalam memori kita semua..betul tak?

Boleh dikatakan semua sekali sudah ustazah sampaikan sebelum ini..cuma ada beberapa berkenaan padanan huruf dan sistem KVK ustazah tak sentuh..bukan apa nampak macam lebih menyukarkan. Tapi syukurlah anak-anak murid semua nampaknya enjoy..Terima Kasih tak terhingga kepada Tuan penceramah..Ustaz Hasrudy..


Macam biasa sebelum tamatkan sessi seminar..tepukan gemuruh dan ucap selamat..Doa ustazah moga-moga ada manfaat yang kalian timba dari seminar tadi..Takbir! ALLAHU AKBAR!!

Tayamum Rumusan Bergambar


Tayamum Siri 3


1) NIAT - Berniat hendaklah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka.
2) MENYAPU DEBU TANAH KE MUKA - Seluruh muka.
3) MENYAPU DEBU TANAH DI TANGAN -Sapu debu tanah hingga ke siku.
4) TERTIB - Mengikut turutan.

1) Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah juga embatalkan tayamum.
2) Murtad.(keluar dari agama Islam)
3) Sembuh dari sakit yang menjadi sebab melakukan tayamum.
4) Mendapat air sebelum bertayamum atau sebelum solat.

INGAT!!
Setiap sekali bertayamum hanya untuk satu waktu solat sahaja


Membaca Basmallah (بسم الله الرحمن الرحيم)
Mendahulukan anggota kanan
Mengadap kiblat
Menipiskan debu

Wednesday, July 4, 2012

Hujan yang turun bagaikan MUTIARA..

Alhamdulillah hari ini Allah turunkan hujan lagi. Sejuk sikit apabila tanah dibasahi air hujan. Patutlah lirik lagu Sudirman hujan yang turun bagaikan mutiara kerana nikmat yang kita peroleh itu membuatkannya sangat bernilai.

Mutiara juga sering dikaitkan dengan muslimah sejati..bukan kerana bentuknya yang bulat gemuk..hehe..tetapi kerana nilainya yang tinggi..

Proud to be a Muslimah..love your self...

Tuesday, July 3, 2012

Wow..Super Duper..

Gambar pilihan hari ini...

USAHA TANGGA KEJAYAAN..Orang lain boleh kenapa kita tidak???

Seminar Jawi PSRA 2012

Sukacita Sekolah Rendah Agama Kampung Endah yang sentiasa indah akan mengadakan Seminar Jawi PSRA khas untuk pelajar-pelajar tahun 5 dan 6.

Tema program kali ini Ke arah memartabatkan tulisan Jawi. Program ini dianjurkan bersama panitia Jawi, Khat, Imlak dan Guru-guru Tahun 6.

Harapan kami agar anak-anak semua dapat manfaatkan peluang ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang diajarkan.Program seminar akan diadakan pada 5 Julai 2012 hari Khamis. Seminar akan bermula jam 3 petang. Namun para pelajar disarankan hadir awal jam 2.15 petang untuk sesi bacaan Yassin secara berjemaah.

Besarlah harapan ustazah agar kalian menumpukan sepenuh perhatian dan memberi hasil respon yang terbaik pada hari tersebut. PSRA Jawi 100% Lulus!! SRAKE Mantap!!

Tayamum Siri 2


|



1) TIADA AIR MUTLAK
 - Cth : Apabila berada di tengah hutan atau di tengah padang pasir dan tidak jumpa sumber air.


2) KEUZURAN KERANA SAKIT
- Cth : Kaki luka tidak boleh terkena air kerana bimbang memudharatkan.


3) AIR HANYA CUKUP UNTUK KEPERLUAN LEBIH PENTING.
- Cth : Hanya ada air segelas untuk minum dan tidak cukup untuk berwudhuk.


4) MASUK WAKTU SOLAT
- Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamum itu darurat. Berdasarkan Firman Allah SWT, (Surah An-Nisa : 43) :


 5) MENGGUNAKAN DEBU TANAH YANG SUCI
- Debu tanah tidak boleh bercampur najis. Debu boleh diperolehi sama ada diayak sendiri atau mendapatkan di kedai seperti gambar di bawah.


Debu tanah yang telah dikomersialkan

Monday, July 2, 2012

Belajar..tapi kenapa tak pandai-pandai?

Statement pilihan hari ini...

Di Akhirat nanti Allah akan kira USAHA kita bukan PANGKAT atau IJAZAH kita..renung2kan..

Sunday, July 1, 2012

Tayamum Siri 1

Silibus SRA JAIS : Nota Pelajaran Fekah Tahun 3


PENGERTIAN :

Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...