.

.

Wednesday, July 18, 2012

Takutnyerr..

Lepas rehat hari ini macam biasa mengajar subjek Fekah untuk di 3 Ibnu Khaldun. Tajuk Syarat wajib solat. menerangkan kepada murid-murid adalah rutin biasa seorang guru..Namun hari ini saya mengambil inisiatif bercerita tentang azab orang meninggalkan solat. Motif saya, perkataan WAJIB perlu ditanamkan dalam fikiran mereka tidak boleh TIDAK dilakukan. Antaranya berkenaan azab kubur..

" Ular Saqar akan mematuk orang yang tidak solat. Betapa sakitnya bisa ular itu apabila mematuk rumput di sekolah ni, semua rumput kat dunia ni akan mati. Fuhh..dasyatnya bisa ular tu,bayangkan kalau dia patuk badan kita? "

" Ada peristiwa benar yang berlaku di negara Arab apabila kubur jenazah yang tidak solat digali semula, ternyata tulang-tulangnya remuk kerana seksaan kubur, mukanya dah tak macam muka manusia..hodoh sangat.."

" Tu dalam kubur..Apabila tiba hari kiamat, orang yang tidak solat Allah akan campakkan dalam neraka..Apinya menjulang-julang..Paaannaaasss Sangat.."

"Sebenarnya kat dunia lagi Allah dah tunjuk balasan orang yang meninggalkan solat..antaranya mukanya kusam tidak ada cahaya..hatinya pula resah dan tidak tenang..tula sebabnya susah nak faham dan ingat bila belajar sebab hati tak tenteram.."

Wajah anak-anak di kala itu berkerut..diam seribu bahasa..hehe..kesian mereka. Lalu cerita bertuka versi...

" Tapi kalau orang yang solat mukanya comel je..walaupun gelap tetap nampak lawa dan hensem..bercahaya..orang lain tengok tenang je..hah tak perlu make-up, tepek-tepek bedak.."

" Kuburnya pula laaaappaaangg selapang-lapangnya..pastu terang macam waktu siang..jadi tak takut duk dalam kubur tu..betul tak? "

" Di Akhirat nanti, muka orang yang solat ni bercahaya-cahaya..semua orang tengok..hah dah tau dah orang ni mesti masuk syurga. Seronok tak? Hah.."

Hah..rata-rata semua mengukir senyuman..ada yang semangat kata nak balik solat cukup 5 waktu lepas ni..Alhamdulillah tercapai objektif saya untuk menyampaikan betapa wajibnya solat. Saya menerangkan ada 3 syarat wajib solat, ISLAM, BALIGH, BERAKAL...mereka memenuhi kesemua syarat kecuali baligh..tapi saya memberi analogi pemain-pemain bola sepak dan EURO 2012, memandangkan 90% murid kelas ini lelaki maka contoh ini saya rasakan amat bertepatan.

" Walaupun belum baligh kamu kena cukupkan solat..cuba tengok pemain-pemain bola sepak, mereka akan berlatih sungguh-sungguh dan pastikan mereka betul-betul mahir menguasai kemenangan sebelum beraksi pada perlawnan sebenar..Begitu juga kamu, kena berlatih solat 5 waktu setiap hari supaya  apabila dah baligh nanti kamu sudah biasa solat 5 waktu..Betul tak? "

Kepala terangguk-angguk tanda setuju tak kurang yang bersorak betulll...Kemudian sesi membuat latiha pada buku tulis dan setiap murid diminta menyebutkan syarat wajib solat secara lisan. 100% berjaya menghafaz. Mudah sahaja 3 perkataan..Islam, Baligh, Berakal..

Kelas ditamatkan dengan nasihat saya agar pelajaran yang dipelajari mestilah diamalkan tak kira sama ada di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja..Solat jangan tak solat!

2 comments:

  1. macam nak masuk belajar dalam kelas ustazah!!! nice.. solat, jgn x solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..masukla jadi observer..xlama lg mmg nk praktikal ni..thanx sudi membaca..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...