.

.

Wednesday, August 22, 2012

SALAM AIDILFITRI..

Buat semua anak-anak dan tetamu yg sudi menjengah,

Salam Aidilfitri..Ustazah mohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dan salah silap..Semoga Aidilfitri yang dirai disambut dengan penuh kesyukuran..

p/s: Anak-anak, Jangan main mercun..bahaya tau! Jemputlah datang ke rumah ustazah.


Sunday, August 12, 2012

Pencarian Lailatul Qadar

Gambar pilihan hari ini...
 "Ya Allah, Pertemukan kami dengan lailatul qadarMu..hadiah paling hebat setiap tahun..lebih baik dari seribu bulan.."

Friday, August 10, 2012

Azan & Iqamah Siri 3


1. Berdiri ketika Azan
2. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
3. Memaling muka ke kanan ketika mengucapkan dan ke kiri ketika mengucapkan 
4. Menyaringkan suara
5. Menghadap kiblat

Wednesday, August 8, 2012

Kuiz Rukun Tayamum

Percubaan PSRA 2012

Salam Ramadhan semua...

Alhamdulillah syukur kita telah lalui 18 hari yang penuh Barakah dan Maghfirah..Berdoalah sebanyak mungkin agar kita berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Semoga berjaya kepada mujahid-mujahidah SRA Kampung Endah esok dalam menghadapi hari pertama Percubaan PSRA 2012. Usaha tangga kejayaan! InsyaAllah segala apa yang kita usahakan pasti Allah kurniakan ganjaran yang TERBAIKK..(bak kata BoboiBoy)

Ustazah doakan kalian semua sentiasa lapang dada dan tenang menghadapi peperiksaan ini. Bagi mata pelajaran JAWI yang ustazah ajarkan, tekankan pada tajuk Homograf, contoh Gabungan Kata mengikut jenis-jenisnya dan Imbuhan "an" di akhir kalimah. Inilah peperiksaan pertama untuk format kertas peperiksaan JAWI/KHAT/IMLAK yang baru..Ustazah harap kalian telah bersedia dan jangan panik dengan soalan yang pelbagai. Cuba tepati masa seperti yang pernah ustazah ajarkan. Ingat masa itu Emas! Jangan bazir terlalu lama berfikir pada soalan yang susah. Jawab dahulu soalan-soalan lain yang lebih mudah. Pastikan ada masa untuk semak dan menjawab soalan yang telah ditinggalkan tadi.

Akhir sekali, Tips kejayaan..USAHA+DOA+TAWAKAL kepada ALLAH..Dialah yang menentukan kejayaan kamu semua.. Lagi satu TIDUR awal..Jangan jadi begini..hehe..nanti ustazah ketuk kepala siram air dalam dewan periksa..

Khas untuk anak-anak didikku semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...