Salam Ramadhan semua...
Alhamdulillah syukur kita telah lalui 18 hari yang penuh Barakah dan Maghfirah..Berdoalah sebanyak mungkin agar kita berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Semoga berjaya kepada
mujahid-mujahidah SRA Kampung Endah esok dalam menghadapi hari pertama
Percubaan PSRA 2012. Usaha tangga kejayaan! InsyaAllah segala apa yang kita usahakan pasti Allah kurniakan ganjaran yang TERBAIKK..(bak kata BoboiBoy)
Ustazah doakan kalian semua sentiasa lapang dada dan tenang menghadapi peperiksaan ini. Bagi mata pelajaran
JAWI yang ustazah ajarkan, tekankan pada tajuk
Homograf, contoh Gabungan Kata mengikut jenis-jenisnya dan Imbuhan "an" di akhir kalimah. Inilah peperiksaan pertama untuk format kertas peperiksaan JAWI/KHAT/IMLAK yang baru..Ustazah harap kalian telah bersedia dan jangan panik dengan soalan yang pelbagai. Cuba tepati masa seperti yang pernah ustazah ajarkan. Ingat masa itu Emas! Jangan bazir terlalu lama berfikir pada soalan yang susah. Jawab dahulu soalan-soalan lain yang lebih mudah. Pastikan ada masa untuk semak dan menjawab soalan yang telah ditinggalkan tadi.
Akhir sekali, Tips kejayaan.
.USAHA+DOA+TAWAKAL kepada ALLAH..Dialah yang menentukan kejayaan kamu semua.. Lagi satu
TIDUR awal..Jangan jadi begini..hehe..nanti ustazah
ketuk kepala siram air dalam dewan periksa..
Khas untuk anak-anak didikku semua...